Archive for June 2013

Mata Kasar, Mata Nafsu, Mata Iman


Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat.
Sunday 30 June 2013
Posted by Unknown

Kesihatan Nikmat Yang Sangat Berharga


Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna.

Posted by Unknown

30/6/13 Sahabat Dunia Akhirat






Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku.

Posted by Unknown

29/6/13 Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

TERKINI


Mujahidin FSA melaporkan berjaya menguasai kawasan penting bagi rejim Basyar di Selatan Dar'a yang berdekatan dengan sempadan Syria-Jordan waktu petang sebentar tadi (waktu Syria).

Menurut mujahidin, mereka juga berjaya menguasai dua buah bangunan penting di ibu kota yang digunakan oleh rejim untuk mengawal keseluruhan kota.

DOAKAN MEREKA

Mujahidah daripada Briged Ummina Aisyah sedang mengendalikan senjata dalam pertempuran yang berlaku di Halab.


#

 Sumber daripada Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan bahawa Moscow telah menarik balik kesemua tentera Rusia yang berpangkalan di Tortous, Syria.

Apakah sebab sebenar Rusia mengambil tindakan ini setelah mereka membantu rejim berhadapan dengan mujahidin? Adakah mereka merasakan bahawa rejim Basyar sudah tidak mampu dipertahankan lagi atau ada sebab lain?

Segala persoalan ini bakal terjawab tidak lama lagi.


Doakan mujahidin

#


Rakaman CCTV yang menunjukkan detik-detik bom Hawn yang digugurkan oleh pesawat tentera rejim di Kota Dimasyq Lama semalam.

Kelihatan sebelum bom tersebut digugurkan, wanita bersama anaknya sedang berjalan di kawasan tersebut. Hakikatnya, inilah perkara harian yang dihadapi oleh rakyat Syria.

http://youtu.be/s3CO4Zvo4RE

Perlu untuk kota ketahui bahawa mujahidin membahagikan kepada beberapa briged yang memainkan peranan mereka masing-masing. Ada briged yang diamanahkan untuk turun ke medan, dan ada yang diamanahkan untuk mencipta bom dan roket sendiri.

Walaupun masih ada yang menuduh mujahidin ditaja oleh Barat, biarkan video ini menceritakan segala-galanya. Mujahidin mencipta bom dan roket mereka sendiri dengan kepakaran yang dimiliki oleh mereka.

Pautan video : http://youtube.com/watch?v=vlGLwzX8fv0


#


RAMADHAN BUAT MEREKA BAGAIMANA?
Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan yang paling dirindui iaitu bulan Ramadhan. Semoga Allah menjadikan bulan Ramadhan pada tahun ini sebagai bulan kemenangan buat ummah di bumi Syam.

Ramadhan kali ini, sudah masuk tahun ketiga mereka berpuasa dalam keadaan penuh kekurangan. Akan tetapi, hakikatnya mereka tidak pernah kurang. Mereka ada Allah.

 KEZALIMAN YANG MELAMPAU
Bayi kecil ini tidak sempat melihat dunia dengan sempurna. Beliau telah syahid akibat gegeran bom yang digugurkan oleh rejim Basyar.

Lihatlah dunia, betapa zalim Basyar la'natullah.



MASIHKAH KITA INGAT?
Kami harapkan ummah tidak pernah melupai salah satu penyembelihan besar-besaran yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar iaitu di Darayya.

Mayat-mayat bergelimpangan di pinggir sungai ini yang menyebabkan air sungai bertukar menjadi merah.

Moga kita tidak pernah lupa.


Friday 28 June 2013
Posted by Unknown

28/6/13 Rantian Mutiara Kata Pimpinan Balkis


Walaupun di maklumkan postpone dua hari lepas, namun ruang masa tersebut tetap tidak dapat di kosongkan sewenang-wenangnya. Pelbagai pengisian bertalu-talu di minta untuk diisi. Hidup jika mengerti di mana mulanya diri dan memahami di mana akhirnya, tidak dapat tidak masa, waktu dan saat itu sangat berharga untuk yang selayaknya..

Posted by Unknown


Menurut maklumat yang diterima, seramai 14 ribu tentera Hizbu Syaitan membantu rejim Basyar di Syria, dan setakat ini 1092 telah terbunuh.
Tuesday 25 June 2013
Posted by Unknown

25/6/13 Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria



TERKINI

Pertempuran-pertempuran sengit terus tercetus di seluruh Syria khasnya di sekitar Halab. Dalam kejadian terbaru sebuah trak yang diisi bahan letupan telah berjaya diletupkan.

Berlainan dengan sebelum ini, kali ini mujahiidn menukar strateginya dengan mengambil langkah 'pergi menyerang musuh' dan bukannya 'menunggu sehingga musuh datang' seperti yang telah dilakukan di al-Qusair.

Doakan mujahidin.


MUSLIMAT SYRIA SEKARANG



Daripada mati akibat diserang atau diperkosa oleh tentera rejim Basyar, mereka memilih jalan untuk mengangkat senjata dan bersama-sama mujahidin di medan jihad.

Doakan mereka.


-Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Posted by Unknown

25/6/13 (MEREBAK KE LUBNAN)



Rentetan laporan kami sebelum ini, dilaporkan 12 tentera Lubnan yang terbunuh dalam penyerbuan ke atas Masjid Bilal ibn Rabah untuk menangkap ulama Sunni terkenal di Lubnan.
Posted by Unknown

24/6/13 Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Dilaporkan bahawa masjid Syaikh Ahmad Asīr, masjid Bilal bin Rabah di Lubnan telah dibom oleh tentera Hizbu Syaitan.
Posted by Unknown

Followers

Search

Pages

Blog Archive

Popular Posts

iluvislam.com

- Copyright © 2013 BALKIS -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -