Posted by : Unknown Friday, 28 June 2013

TERKINI


Mujahidin FSA melaporkan berjaya menguasai kawasan penting bagi rejim Basyar di Selatan Dar'a yang berdekatan dengan sempadan Syria-Jordan waktu petang sebentar tadi (waktu Syria).

Menurut mujahidin, mereka juga berjaya menguasai dua buah bangunan penting di ibu kota yang digunakan oleh rejim untuk mengawal keseluruhan kota.

DOAKAN MEREKA

Mujahidah daripada Briged Ummina Aisyah sedang mengendalikan senjata dalam pertempuran yang berlaku di Halab.


#

 Sumber daripada Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan bahawa Moscow telah menarik balik kesemua tentera Rusia yang berpangkalan di Tortous, Syria.

Apakah sebab sebenar Rusia mengambil tindakan ini setelah mereka membantu rejim berhadapan dengan mujahidin? Adakah mereka merasakan bahawa rejim Basyar sudah tidak mampu dipertahankan lagi atau ada sebab lain?

Segala persoalan ini bakal terjawab tidak lama lagi.


Doakan mujahidin

#


Rakaman CCTV yang menunjukkan detik-detik bom Hawn yang digugurkan oleh pesawat tentera rejim di Kota Dimasyq Lama semalam.

Kelihatan sebelum bom tersebut digugurkan, wanita bersama anaknya sedang berjalan di kawasan tersebut. Hakikatnya, inilah perkara harian yang dihadapi oleh rakyat Syria.

http://youtu.be/s3CO4Zvo4RE

Perlu untuk kota ketahui bahawa mujahidin membahagikan kepada beberapa briged yang memainkan peranan mereka masing-masing. Ada briged yang diamanahkan untuk turun ke medan, dan ada yang diamanahkan untuk mencipta bom dan roket sendiri.

Walaupun masih ada yang menuduh mujahidin ditaja oleh Barat, biarkan video ini menceritakan segala-galanya. Mujahidin mencipta bom dan roket mereka sendiri dengan kepakaran yang dimiliki oleh mereka.

Pautan video : http://youtube.com/watch?v=vlGLwzX8fv0


#


RAMADHAN BUAT MEREKA BAGAIMANA?
Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan yang paling dirindui iaitu bulan Ramadhan. Semoga Allah menjadikan bulan Ramadhan pada tahun ini sebagai bulan kemenangan buat ummah di bumi Syam.

Ramadhan kali ini, sudah masuk tahun ketiga mereka berpuasa dalam keadaan penuh kekurangan. Akan tetapi, hakikatnya mereka tidak pernah kurang. Mereka ada Allah.

 KEZALIMAN YANG MELAMPAU
Bayi kecil ini tidak sempat melihat dunia dengan sempurna. Beliau telah syahid akibat gegeran bom yang digugurkan oleh rejim Basyar.

Lihatlah dunia, betapa zalim Basyar la'natullah.



MASIHKAH KITA INGAT?
Kami harapkan ummah tidak pernah melupai salah satu penyembelihan besar-besaran yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar iaitu di Darayya.

Mayat-mayat bergelimpangan di pinggir sungai ini yang menyebabkan air sungai bertukar menjadi merah.

Moga kita tidak pernah lupa.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Followers

Search

Pages

Blog Archive

Popular Posts

iluvislam.com

- Copyright © 2013 BALKIS -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -