- Back to Home »
- Guru Sebagai Role Model
Posted by : Unknown
Friday, 22 February 2013
Menurut Kamus Dewan, Guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Ia juga boleh diertikan sebagai orang yang berpendidikan, berpengetahuan dan jawatan sebagai guru itu sendiri menyebabkan seorang guru akan dihormati serta menjadi perhatian masyarakat umum.
Manakala Role pula bermaksud bahagian yang dilakonkan atau tugas seseorang dalamsatu-satu usaha mahupun peranan.
Sementara Model bererti membentuk sesuatu atau bekerja sebagai contoh tauladanSebagai kesimpulan seorang guru yang dikatakan sebagai pendidik itu adalah 'role model'terbaik dalam pembentukan modal insan.
Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa masadepan kanak-kanak dalam dunia moden kini sedikit sebanyak adalah hasil daripada pengaruh guru yang telah banyak mendidik mereka dalam sistem formal yang telahdilalui oleh kanak-kanak itu.
Tidak dapat disangkalkan bahawa para pemimpin, juru bina,ahli-ahli ekonomi dan setiap anggota masyarakat yang menghadapi cabaran hidupmasing-masing, semuanya telah menemui para guru terlebih dahulu semasa bersekolahsebelum berjaya menduduki jawatan yang mereka jawat sekarang ini.
Selain itu, guru juga mempunyai pengaruh yang luas dan berkesan dikalangan muridnya,oleh sebab itu jika kuasa seorang guru itu disalahgunakan sama ada dengan disedari atau sebaliknya, maka akibatnya akan melembapkan dan menghancurkan generasi masyarakatakan datang.
Jadi di sini adalah menjadi tugas guru bagi menjaga taraf profession inidengan mengekalkan prestasi yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat, murid, bangsa, agama dan negara.
ISU DI SEKOLAH: guru garang ??
--------------------------------
Guru merupakan seorang insan yang mahukan perkara yg terbaik kepada pelajarnya. Persoalannya setinggi manakah komitmen yang diberikan pelajar untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang peru disiapkan di rumah. Kadang-kadang pelajar hanya pandai memberi tuduhan melulu kepada guru. Jadi wajarlah guru mengambil tindakan kepada pelajar yg melakukan kesalahan!