- Back to Home »
- Pemakaian Rida' di Sekolah
Posted by : Unknown
Friday, 22 February 2013
Kain rida’
Jom sama-sama menghidupkan sunnah.. ツ
Ape tu kain rida' ?
kain rida' tu selendang (seperti dalam gambar).. ツ
Sunnah ke?
ye..ia sunnah baginda yang mulia.. ツ
1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ;
Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.
Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; "Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertarik ke arahnya." Dan dalam hadits Hammam; "Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."
2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya).” (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang (rida) di badan.
3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu baginda bersabda: “Atau dia berbuat begini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)
4. “Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya ….” (Hadis Riwayat Abu Daud)
5. Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)
6. “Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
- http://nadipemuda.blogspot.com/
ISU. DI SEKOLAH: kenapa rida' tidak dibenarkan walaupun sehari seminggu.?
--------------------------------
Baru-baru ini kedengaran satu khabar yang rida' tidak dibenarkan dipakai di pusat pengajaran & pembelajaran walaupun pada hari Khamis (HARI BERJUBAH). Walhal pemakaian rida' ini hanyalah sekali dalam seminggu...bukannya setiap hari kita memakainya untuk ke sekolah. Amat rugilah kita sebagai ummat Rasulullah meninggalkan sunnah Baginda. Intipatinya, semua pihak mestilah mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memakainya walaupun sehari seminggu bagi mengikuti salah satu sunnah Baginda. Tanda cinta kita kepada Nabi kita adalah dengan mengikuti jejak langkahnya. Siapa lagi yang patut diharapkan untuk mengikut sunnah Baginda kalau bukan kita sebagai pelajar agama yang belajar agama??